Prosedur

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN ADALAH

  • sample01Geran Kenderaan/Kad Pendaftaran Kenderaan
  • sample02Contoh Surat Kebenaran dari CIMB Bank

Dokumen yang diperlukan adalah

  1. 1 Salinan Kad Pengenalan Pemilik Kenderaan (Depan & Belakang)
  2. 1 Salinan Geran Kenderaan/Kad Pendaftaran Kenderaan (Depan & Belakang)
  3. 1 Surat Kebenaran Bank (Jika Masih ada Hutang Bank)
PENTING:
Sila pastikan ada cop “DIBATALKAN” dari JPJ dimuka hadapan geran sekiranya kenderaan sudah habis dibayar.

Jenis Kargo

  • cargo01

    PENUMPANG KERETA

    Proton Waja, Wira, Kancil,
    Honda City, Vios, Myvi etc

  • cargo02

    MOTOSIKAL

    Bergantung pada CC

  • cargo03

    COMMERCIAL LIGHT

    4×4, SUV, MPV etc

  • cargo04

    JENTERA BERAT/KENDERAAN BERAT

Jangan membungkus barangan longgar ke dalam kenderaan anda

pack-item

FAQ

Bolehkah saya menghantar kenderaan saya jika saman kenderaan itu belum diselesaikan?

Ya, kenderaan anda boleh dihantar tanpa sebarang masalah.

Kenderaan saya telah diubah suai dari segi kit badan dan cermin gelap, bolehkah kenderaan saya dihantar tanpa tindakan oleh JPJ atau polis trafik?

Perkapalan kenderaan anda antara semenanjung and malaysia hanya melibatkan pihak berkuasa kastam. Kenderaan anda tidak akan diperiksa oleh ahli JPJ ataupun Polis Trafik.

Jika saya tidak lagi terikat dengan bank dan kredit (loan habis), adakah saya perlu mendapatkan surat pelepasan dari bank?

Tidak, anda tidak perlu untuk surat pelepasan dari bank.

Bagaimana untuk mendapatkan surat pelepasan dari bank?

Adalah digalakkan untuk membawa kepada bank, apa-apa dokumentasi membuktikan bahawa anda sedang dipindahkan lokasi. Ini akan memudahkan proses mendapat surat pelepasan dari bank.

Apakah jenis kapal yang digunakan untuk mengangkut kenderaan saya?

Kapal yang kami gunakan untuk menghantar kenderaan adalah kapal khas bagi kenderaan, yang dipanggil kapal Roro; Roll On Roll Off. Kontena tidak dibenarkan dalam kapal ini. Kapal RoRo hanya membenarkan kargo dengan roda, yang boleh dipandu keatas dan keluar kapal.

Bilakah saya mesti membuat booking untuk penghantaran kenderaan saya?

Adalah sangat digalakkan untuk membuat penempahan 1 bulan lebih awal untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak untuk menjamin ruang kerana tempahan lewat tidak akan menjamin ruang dalam kapal.

Adakah pemilik kereta boleh hadir semasa menghantar dan mengambil kenderaan tersebut?

Pemilik kereta boleh diwakilki individu berlainan apabila menghantar dan menerima kenderaan, asalkan semua dokumen yang diperlukan turut dibawa bersama-sama/ disediakan.

Jika saya telah membuat tempahan untuk penghantaran kenderaan ke Sabah dan Sarawak, dimanakah perlu saya menghantar kenderaan saya?

Anda hanya perlu menghantar kenderaan anda ke pejabat kami dan kakitangan kami akan membawa kenderaan anda ke pelabuhan.

Apakah perbezaan di antara kapal Roro dan kapal kontena dalam penghantaran?

Kedua-dua kaedah ini sering digunakan dalam penghantaran kenderaan. Kargo kapal RoRo mesti mempunyai roda, oleh itu ia adalah terhad kepada kargo kenderaan motor yang beroda sahaja. Penghantaran kontena mengambil semua jenis kargo yang dimasukkan ke dalam kotak ataupun segmen sebelum dimuatkan kedalam kapal.

Bolehkah saya hantar barang personal dalam kereta?

Sila jangan letakkan barang personal dalam kereta. Jikalau anda masih menyimpan barang personal dalam kereta, pihak kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kehilangan atau kerosakkan benda.